IPOH: Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua dalam insiden runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di sini Mac lalu berjaya dibawa keluar dari lokasi oleh pasukan penyelamat pada petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata cebisan tulang itu telah dibawa keluar kira-kira pada jam 2.45 petang.
“Cebisan rangka yang dijumpai itu telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Walau bagaimanapun operasi pencarian akan diteruskan juga pada esok bagi mencari kemungkinan terdapat lagi cebisan tulang di lokasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Selain itu katanya, operasi pencarian terpaksa dihentikan sementara pada jam 3 petang susulan keadaan cuaca hujan lebat dan akan bersambung semula pada jam 8 pagi esok.
Pada tengah hari tadi, pasukan penyelamat berjaya menemukan cebisan tulang dipercayai milik mangsa dalam insiden runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai pada Mac lalu.
Muhamad Shahrizal berkata, cebisan tulang itu telah ditemukan berhampiran dengan lokasi kedua bangkai jengkaut yang dijumpai semalam.
Kejadian runtuhan batu di tapak kuari pada 8 Mac lalu sekitar pukul 9.15 pagi itu mengakibatkan dua mangsa tertimbus iaitu Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.
Seorang lagi mangsa berusia 35 tahun yang mengalami patah tulang kaki dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan manakala rakannya berusia 38 tahun cedera ringan.
Amirrul Rabbani
Wed Sep 21 2022
Cebisan rangka yang dijumpai itu telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto JBPM
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Rakan penghantaran bagasi yang dipercayai jemaah
Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.
Kuari runtuh: "Saya tak nak fikir bukan-bukan, mahu tunggu keputusan sahaja" - Isteri mangsa
Penantian Wak Uda Bah Kim bakal berakhir selepas dua jengkaut berjaya ditemukan bersama cebisan pakaian dan tulang di lokasi kejadian.
Kuari runtuh: Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua berjaya dibawa keluar
Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua dalam insiden runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berjaya dibawa keluar dari lokasi.
Kuari runtuh: Operasi keluarkan jengkaut, cari mangsa kedua giat dijalankan - Ketua Polis Perak
Pihak berkuasa percaya mangsa tertimbus di bawah timbunan batu berhampiran semasa kejadian berlaku.
Kuari runtuh: Lagi cebisan tulang ditemukan pasukan penyelamat
Cebisan tulang dipercayai milik seorang lagi mangsa dalam insiden runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai.
Runtuhan kuari: JBPM guna khidmat K9, cuba kesan seorang lagi mangsa
Bomba akan menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) bagi mencari seorang lagi pekerja kuari yang dikhuatiri masih tertimbus di tapak kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Cebisan tulang, baju ditemukan di lokasi pekerja kuari dikhuatiri tertimbus
Cebisan tulang dan baju serta bangkai jengkaut ditemukan hari ini di lokasi dua pekerja kuari yang dikhuatiri tertimbus pada Mac lepas di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ipoh.
Tengkorak, cebisan tulang ditemukan di ladang sawit
Satu tengkorak dan beberapa cebisan tulang dipercayai tulang manusia, ditemui di sebuah ladang kelapa sawit Seri Intan, Batu 5, Jalan Maharajalela.